Wednesday, September 10, 2008

menang sorak kampung tergadai

Pak long rasa syukur sangat kepada Allah SWT kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan al mubarak pada tahun ini. Sungguh cepat masa berlalu.Sedar tak sedar sudah sepuluh hari kita bersama dengan ramadhan. dan insyaallah tidak lama lagi syawal akan tiba. Sebagai rakyat di bumi bertuah ini paklong rasa amat bertuah kerana kita akan menyambut syawal dengan aman damai. Walaupun harga barang agak tinggi tapi kemeriahan sambutan syawal tetap terasa . Sudah pasti sambutan aidilfitri akan tetap disambut oleh semua kaum. Tapi apakah keadaan ini akan berterusan untuk selama-lamanya.Apakah keharmonian ini akan dapat diwarisi kepada anak cucu kita. Sudah tentu kita mahu suasana ini dapat dinekmati oleh anakcucu kita di masa hadapan. Oleh itu paklong fikir kita perlu pakat muhasabah diri masing-masing.Apa guna kita berpolitik kalau kedudukan kita semakin lemah..Kepada kaum kerabat dan anakcucu paklong harap cepat-cepat kembali ke pangkal jalan.
Lupakah kita dengan kisah Pak Kadok yang menang sorak tapi kampung tergaadai

1 comment:

BLOG KOMEN said...

kunjungilah blog komen untuk anda memberikan komen, pandangan dan pendapat anda tentang apa-apa sahaja.